Singgah ke Restoran Pak Mus

Browsing "Older Posts"

  • PEMIMPIN PERSEKUTUAN YANG IKHLAS TERHADAP SABAH DAN SARAWAK MASIH BELUM LAHIR

    Monday 14 January 2019
    Kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Apdal yang disiarkan dalam akhbar Daily Express Sabah bertarikh 3 Januari 2019
    Saya masih yakin konsep MALAYSIA akan berjaya. Bila? Saya tidak pasti kerana menurut Datuk Seri Shafie Apdal untuk menyelesaikan MA63 akan mengambil masa yang lama. Konsep federation seperti yang kita amalkan bukanlah sesuatu yang baru. Ia telah diamalkan negara2 Barat. Ada yang telah berjaya seperti United Kingdom selepas melalui beberapa krisis, ada juga federation yang gagal seperti USSR, Yugaslavia dan Checkslovakia dimana setiap anggota keluar dari federation dan menjadi negara merdeka.

    Gagasan MALAYSIA merupakan ilham asal Lee Kuan Yew yang dicadangkan kepada Pegawai kanan British. Tunku Abdul Rahman cuma diberi tugas untuk membaca cadangan itu dalam satu sidang media selepas satu jamuan tengahari dengan para wartawan Asia di Singapura pada 1961. 

    Sejak tertubuhnya MALAYSIA kira-kira 55 tahun yang lalu, belum ada pemimpin Persekutuan dari Malaya yang benar-benar jujur dan ikhlas merealisasikan konsep sebenar PERSEKUTUAN MALAYSIA seperti yang telah dipersetujui. Barangkali pemimpin itu masih belum lahir ke dunia kerana proses menyelesaikan isu MA63 mengambil masa yang agak lama.  Pemimpin Persekutuan hari ini  bukan semata-mata tidak ikhlas kerana terlalu menjaga kepentingan bangsa Melayu dan negeri Malaya tetapi juga barangkali pemimpin-pemimpin itu sebenarnya tidak faham tentang  hak2 Sabah dan hak2 Sarawak seperti yang telah dipersetujui dan ditandatangani dalam MA63.

    Saya pernah tanya soalan kepada seorang pemimpin veteran Sabah yang pernah menjadi anggota kabinet Persekutuan. Saya minta dia sebut satu nama pemimpin Persekutuan yang benar2 jujur terhadap Sabah sejak 1963? 

    "Mungkin Tunku Abdul Rahman. Tapi itupun barangkali kerana Tunku pada masa itu takut dengan tindakan Lee Kuan Yew"

    Setelah Singapura keluar dari Persekutuan, Lee Kuan Yew tidaklah menjadi jurucakap MA63. Pemimpin Sabah dan Sarawak tidak sebijak Lee Kuan Yew. Siapa tidak bersetuju dengan Kuala Lumpur akan dipecat atau diminta mengosongkan jawatan. Ini yang berlaku kepada Tun Stephens dan Stephens Kalong Ningkan.

    Tunku Abdul Rahman dan Lee Kuan Yew

    Sebenarnya bukan soal parti politik. Dulu diawal merdeka, parti UPKO dan USNO adalah parti tempatan. Tapi itu tidak menghalang KL dan pemimpin Persekutuan campurtangan secara langsung dan tidak langsung terhadap politik tempatan. Tun Stephens dan Tun Mustapha adalah contoh dua KM Sabah yang telah diarah KL untuk melepaskan jawatan KM. Tun Stephens pada 1965. Tun Mustapha sepuluh tahun kemudian pada 1975.

    Parti nasional seperti PEKEMAS, DAP dan PAS telah lama bertapak di Sabah sebelum UMNO dan PKR mengembang sayapnya ke negeri itu. Namun kehadiran UMNO membawa impak yang besar kerana telah berjaya menjadi kerajaan di Sabah selama lebih 24 tahun. Persoalannya apakah pemimpin2 UMNO juga ikhlas dan jujur kepada Sabah dan MA63?

    Saya jawap TIDAK. Pemimpin UMNO seperti pemimpin sebelum mereka juga tidak jujur terhadap Sabah dan rakyatnya. Namun begitu oleh kerana UMNO telah bertapak di negeri itu, ahli-ahli parti itu mempunyai hak yang sama dengan ahli UMNO di negeri-negeri Malaya dalam  menentukan pucuk pimpinan parti setiap kali pemilihan parti. Suka tidak suka pemimpin Persekutuan dari UMNO yang menjadi anggota kabinet dan ingin bertanding atau mempertahan jawatan akan datang ke seluruh ceruk kampung di Sabah untuk bertemu perwakilan dan ketua2 cawangan untuk mendapat sokongan dan undi. 

    Samada pemimpin dan menteri Persekutuan itu ikhlas atau tidak bukan soalnya kerana melalui nasional parti hubungan pemimpin Persekutuan dengan rakyat Sabah lebih intim dan lebih ramai yang dapat merasa agihan kek kekayaan Kerajaan Persekutuan melalui pemberian kontrak dan projek kerajaan Persekutuan. Apakah pemimpin dan menteri Persekutuan akan datang ke seluruh Sabah untuk jumpa ketua2 cawangan dan perwakilan parti politik tempatan?

    Pendekatan, kepimpinan yang tidak ikhlas hanya sedia membantu jika mereka ada kepentingan untuk mempertahan jawatan. Jika sekiranya parti DAP menguasai politik Sabah hari ini dan perwakilan dari Sabah boleh menentukan jawatan Lim Guan Eng dalam DAP sudah tentu menteri kewangan itu tidak menarik janjinya memberi 20% royalti petroleum dan 40% cukai yang dipungut dari Sabah. Renung2kan